Thursday, 18 August 2011

How to wear the KAIN SAMPING

BICARA TEKSTIL

19 Ogos 2011 (Jumaat)
10.30am @ Galeri Samudera (Aras 1), Muzium Tekstil Negara
Oleh Muhamad Sharif bin Othman (Arif D'Tanjong)

Kain samping - Malay menswear

Saudara Arif akan menceritakan mengenai kain samping, iaitu sebahagian daripada pelengkap Baju Melayu bagi lelaki. Memberikan pengetahuan dan pengajaran mengenai penggunaan kain samping seperti di mana kedudukan kepala kain yang sepatutnya diletakan.

Selain memberikan tunjuk ajar cara-cara pemakaian kain samping mengikut beberapa ikatan seperti :

Ikatan samping
  • 'ayam teleng'
  • 'kelopak jantung'
  • 'ombak beralun'
  • 'ikat gulung'
  • 'fajar menyingsing'
  • 'untian kasih' (khas untuk pengantin)
Beliau juga akan memperlihatkan ikatan dari kain punca potong yang digunakan bersama aksesori pending untuk menyerlahkan lagi penampilan busana bagi lelaki.

Pengenalan ARIF D'TANJONG
Muhamad Syarif bin Othman dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur dan kini menetap di Kampung Baru, KL. Beliau pernah berkecimpung di dalam duniia mengandam selama 8 tahun dan dapat dilihat melalui kepakaran beliau dandanan pengantin dengan 'sanggul lintang' beliau. Selain itu, beliau mahir membuat tekstil telepuk, kelingkan dan tekat gubah. Beliau juga dijadikan pakar rujuk untuk ikatan samping, dandanan sanggul lintang dan lipatan bujam bagi pesta adat pepatih di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan.

Ceramah akan dikenakan bayaran RM20. Ini termasuk kain samping yang akan dibekalkan sebagai kenang-kenangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HOW TO ATTEND ?  -  since we got this information rather late, anyone interested can just walk-in to the National Textile Museum, @10am, ie. before the talk starts and register with a RM20 fee. This includes a souvenir (a kain samping).

HOW TO GET THERE?
- limited parking is available @Dataran Merdeka, Dayabumi, Central Market & Restoran Warisan

- better to take public transport. If Kelana Jaya (Putra) LRT, stop at Pasar Seni, walk across to Central Market (along riverside) until u come to a bridge. Turn left and walk a few steps down the road. (u will see Bank Agro on this side and 7-11 shop across the road.). National Textile Museum is on your right, at the traffic light intersection.

If by Star LRT, then stop @ Masjid Jamek Station and walk towards Dataran Merdeka, pass by Abdul Samad Building towards the very tall flagpole/ Dayabumi. At the traffic light after Abdul Samad Building, u will see the museum.

Sampin tenun Terengganu
Man wearing a samping (or sampin) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...