Saturday, 22 June 2013

The Art of Selling Art

Mengenal pembeli dan kolector dulu sebelum menjual lukisan. Kita selalu beranggapan bahawa orang kaya atau berjawatan tinggi yang selalunya membeli lukisan. Kadang kala dugaan kita meleset. Sebelum menjual lukisan kita tau dulu beberapa pekara kenapa manusia suka membeli hasil karya seni. 


Yusof Gajah  & his wife (taken 2 years ago during my visit to his  home studio)
Antaranya:
1. Menghiasi ruang dirumah,pejabat dan hotel. Terbagi pada semua golongan, yang mampu membeli lukisan yang mahal dan yang kurang mampu hanya sekedar membeli lukisan murah. Untuk hotel biasanya melalui Interior Decorator atau pemilik langsung kepelukis. 

2. Cendermata atau hadiah. Lukisan juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau cendermata apabila kita berkunjung keluar Negara. Menjual lukisan kepada pelancong boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Seorang pelukis wanita yang menjual lukisan hitam putih ditepi jalan diMasjid Negara mampu meraih pendapatan antara RM200.00 sehari.


3. Kenangan / sejarah. Biasanya mereka yang membeli atau menempah lukisan jenis ini mempunyai kenangan masa silam untuk dirakam. 


4. Business /pelaburan. Golongan ini akan membeli hasil lukisan pelukis dengan harga rendah atau sederhana dan menjualnya dengan harga tinggi.


5. Social status. Untuk menerbos golongan ini biasanya pembeli akan membeli dari pelukis yang sudah menempah nama dan terkenal. Golongan ini akan merasa bangga mempamerkan lukisan koleksinya sama dengan koleksi mobil mewahnya. Untungnya sekira pelukis mampu menjual lukisan kepada golongan ini maka kawan kawan kolector tersebut akan turut sama membeli.


6. Mengumpul bahan sejarah seni lukis. Ada kolector yang mengumpul lukisan lukisan yang baru dan pernah menang dalam pertandingan seni lukis. Tujuannya supaya ia akan mendahului memiliki karya karya baik sebelum dibeli oleh orang lain.


7. Rasa simpati kepada pelukis. Golongan ini mudah rasa simpati melihat nasib pelukis dan membeli lukisan supaya dapat membantu pelukis agar terus melukis. Pelukis juga kena berhati hati jangan sampai aysik dan selalu meminta lukisannya dibeli.


8. Minat yang mendalam pada karya seni. Minat yang mendalam pada karya seni membuat sesaorang membeli lukisan tanpa fikir panjang. Kadang kala pelukis sendiri merasa hairan dan pelik kenapa ada jenis kolector seperti ini.


9. Menunjukkan ego juga memainkan peranan pada sesaorang ketika membeli lukisan. Biasanya ini berlaku diperasmian pameran sapalagi yang merasmikan pameran seorang VIP.


10. Ikut ikutan. Yang menjadi ikut ikut ini kadang kala kita sendiri tidak pasti kenapa mereka membeli lukisan. Motifnya mungkin supaya dia dibandang seorang yang celik seni atau hanya suka suka. Lukisan yang dibeli biasanya disimpan dalam stor.


11. Keagamaan. Golongan yang membeli lukisan ini biasanya digunakan untuk menghiasi rumah ibadat atau untuk acara keugamaan.


Banyak lagi sebab kenapa manusia suka membeli karya seni. Apa yang saya senaraikan hanya berdasarkan pengamatan dan sedikit bacaan. Jadi tiada sebab pelukis selalu mengeluh kenapa susah sangat nak menjual lukisan.


Wise words, courtesy of Malaysia's prominent artist, 
Yusof Gajah
https://www.facebook.com/yusof.gajah.7?fref=ts

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...